Nuffnang Ads

Ahad, 13 Mei 2012

Kemana Arah Perjuangan UMNO Kini?

Sebagai bekas AJK UMNO peringkat negeri, saya dapat menyelami bahawa perjuangan UMNO telah bertukar arah. Kalau sebelum 1988, UMNO (lama) saya akui perjuangan para pemimpinnya memartabatkan bangsa dan kepentingan rakyat.
Semenjak PM Mahathir, saya perhatikan bahawa perjuangan itu sudah berubah sama sekali. Saya masuk UMNO sejak ia ditubuhkan dalam tahun 1946 lagi. Di bawah pentadbiran tiga zaman pentadbiran MB iaitu Pak Wan, Ghazali Jawi dan Ramli, saya merasakan bahawa pertukaran arah perjuangan UMNO cukup ketara.
Justeru itu saya menyahut seruan dan cabaran kepimpinan Ramli Ngah Talib supaya saya meletakkan jawatan. Saya sedari bahawa dalam UMNO cukup banyak penyelewengan. Walau pun tidak akan saya nyatakan kesemuanya, namun cukup sekadar untuk pengetahuan umum perjuangan UMNO berpihak kepada kroni dan nepotisme sebagaimana dakwaan Zahid Hamidi.
Semasa pemerintahan Pak Wan saya bersama beberapa AJK UMNO merasa nikmat pembangunan dan faedah sebagai ahli UMNO. Kami menubuhkan syarikat bersama dan berpeluang diberikan konsesi balak dan sekim perumahan. Biarpun sekadar RM30,000 atau RM40,000 seorang yang kami terima pada kira-kira tahun 1970'an, itu sudah cukup melegakan saya dan rakan yang bertungkus lumus dengan perjuangan parti ini.
Tindakan Ramli 'merampas kuasa' daripada Pak Wan berlaku di hadapan saya. Kerana ketamakan kuasa dan tuntutan harta benda, Ramli sanggup pergi sendiri ke Indonesia bersama seorang SB yang saya kenali untuk mencati sesuatu berupa 'guna-guna' bagi menyebabkan Pak Wan jatuh sakit. Tangkal itu ditanam di tepi jalan di mana laluan keluar masok rumah kediaman rasmi MB sebagaimana sekarang. Waktu itu pintu utama keluar masuk ialah berhadapan dengan sekolah SAM TET. Selepas itu Ramli tukarkan pintu utama mengadap jalan Tambun.
Secara serta merta selepas itu Pak Wan sering jatuh sakit. Kerana desakan yag begitu kuat, maka Pak Wan melepaskan jawatan MB itu dan akhirnya Ramli menggantikan beliau. Strategi utama Ramli ialah mengaut secara mana sekalipun kekayaan harta negeri ini di bawah telunjuk isterinya Puan Sri Norasyikin.
Selain lombong bijih timah (pada masa itu harga masih baik), konsesi balak dan tanah merupakan tiga elemen yang mengkayakan Ramli sekeluarga. Wang yang dipungut selalunya dihantar sendiri oleh peniaga yang cukup rapat dengan Ramli, selain daripada menggunakan beberapa orang peroksi yang dipercayainya.
Isteri Ramli, Puan Seri Norasyikin juga memainkan peranan yang begitu aktif. Kalangan pelabur dan peniaga bukan tempatan selalunya berurusan dengan isteri Ramli. Melalui isterinya itu, peluang perniagaan dan permohonan balak dan tanah boleh diluluskan. Dengan meletakkan 'harga' atau imbalan yang cukup lumayan akan memastikan permohonan apa saja mampu diluluskan.
Selain daripada itu, pemberian kekayaan di kalangan para exco sudah menjadi tradisi dan kebiasaan. Untuk menggerakkan parti, political fund bukan sesuatu yang asing. Tapi sifat Ramli cukup rakus sekali.Fund yang diamanahkan untuk parti juga seringkali diselewengkan. Saya kurang berpuashati dengan tindakan Ramli menyelewengkan duit parti. Namun apalah daya saya sebagai seorang orang suruhan. Cabaran beliau saya sahut.
Walaupun saya sudah disingkirkan sejak tahun 1984 lagi, saya masih sayangkan UMNO. Iaitu UMNO lama yang dahulunya perjuangan itu untu kepentingan ramai. Ramai SB-SB masih mengenali saya lagi. Kerana memang UMNO dan SB cukup erat. Tiap-tiap kali pilihanraya umum hendak diadakan SB-SB akan datang bertemu saya untuk menanyakan peribadi calon yang mereka belum kenali.
Saya selalunya memberikan kerjasama yang baik kepada SB-SB. Lantaran itu hubungan saya dengan mereka cukup baik sekali. Penyingkiran saya mengejutkan beberapa orang SB berkenaan. Namun saya pasrah meskipun sudah meninggalkan jawatan saya sekian lama saya tidak juga meminta sedekah.
Pilihanraya umum kali ini saya amat berkeyakinan sekali bahawa UMNO akan terhukum oleh rakyat. Saya akan berpuashati melihat Ramli tewas dan tersungkur oleh kebongkakannya dan ketamakannya mengaut harta rakyat. Saya akan segera meminta kerajaan Alternatif supaya menubuhkan satu jawatankuasa penyiasat untuk membongkar skandal penyelewengan harta negeri yang jatuh ke tangan PKNP dan anak syarikatnya yang dibawah telunjuk Ramli.
Jika hendak dihitung harta Ramli cukup banyak sekali. Benarlah kata mereka kekayaannya sama sebagaimana Marcos menguasai ekonomi Filipina dan saya juga tidak hairan jika rakyat mahu memanggilnya Ramli Marcos.
Rakyat negeri ini perlu bangun sebagai satu suara yang kuat. Percayalah sepanjang usia saya berkhidmat dalam UMNO, telah banyak harta negeri ini jatuh ke tangan bangsa asing yang mana sipenjualnya ialah Ramli dan barisan exconya. Jika saudara masih ragu-ragu keterangan ini terpulanglah. Saya kini sudah berbelas tahun menyendiri dan hanya memerhati perjuangan UMNO baru. Percayalah bahawa UMNO baru dan UMNO lama itu tidak sama. Dari perjuangan untuk rakyat, UMNO baru di bawah kepimpinan PM Mahathir, kekuasaan mereka boloti hinggakan demokrasi sudah lama terhapus.
Perlu saya nyatakan bahawa dahulu jawatan presiden dipertandingkan. Ahli UMNO sendiri berhak memilih siapa yang nak jadi presiden dan mencalunkannya. Undian akan dibuat dan yang menang akan jadi PM. Ini suara demokrasi.
Tapi kepimpinan sekarang lain pulak. Presiden baru akan dilantik oleh presiden lama. Suara ahli UMNO sudah dilupakan. Ini sistem anarki yang bersifat turun temurun. Suara demokrasi dalam UMNO sebenarnya sudah lama hilang. Ini hanya berlaku dalam UMNO baru. Percayalah saudara sekalian, walaupun saya boleh dianggap 'karat UMNO' tapi saya celik dan tidak buta. Saya tahu kebenaran dan keadilan. Saya sudah lama mufaraqah dengan kepimpinan UMNO sekarang. Walau pun saya belum menyertai pakatan alternatif tapi saya berjanji tidak akan memberi undi kepada UMNO dalam piliharaya nanti. Ini sudah saya lakukkan dalam 3 pilihanraya yang lalu.
Saranan saya kepada semua rakyat Malaysia khususnya negeri Perak, usah takut untuk melakukan perubahan. Teruskan memilih yang terbaik difikiran saudara asal saja ia bukan UMNO!

Khamis, 10 Mei 2012

Kisah Seorang Ibu. Sedih sangat..

Cerita ni aku dapat dari sebuah forum.
Ketika baca cerita nie, aku terfikir kan mak aku dan aku rasa sedih sangat.
Cuba korang hayati citer nie..:


ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Kisah Si Ibu

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang 
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni 
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab 
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam 
blog ni.


Cerita ni 
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian 
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu 
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya 
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini 
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau 
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau 
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!


Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya… 


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku 
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau 
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus 
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah 
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu 
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan 
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu 
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak 
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku 
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia 
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

Wassalam...

Rabu, 9 Mei 2012

Dalam diri kamu ada kebesaran ALLAH

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Sabtu, 5 Mei 2012

Siapakah Al-masih Dajjal??



Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?


Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang dia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai Tuhan.
 

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya menjadi susah dan meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di Zaman Dajjal.


Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kontang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah". Seperti dalam hadith Nabi S.A.W. :

"Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan." 

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?


Dalam hadis diceritakan :

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?"

Baginda S.A.W. menjawab, “Empat puluh hari - Hari yang pertama : panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua : panjangnya seperti sebulan. Hari yang ketiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain : seperti hari-hari kamu yang biasa.”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”

Baginda S.A.W. bersabda, “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al-Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al-Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal. Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi.

Ujian Allah S.W.T. menerusi makhlukNya yang bernama Al Masih Ad-Dajjal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakan-Nya kepada ummat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W. ada bersabda : 

"Sejak Allah S.W.T. menciptakan Nabi Adam a.s.sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal."


Sebelum kemunculan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah S.W.T. dengan kemarau panjang selama tiga tahun. Pada tahun pertama, hujan akan kurang sabanyak 1/3 daripada biasa, pada tahun kedua akan kurang 2/3 daripada biasa dan pada tahun ketiga hujan terus tidak turun. Umat ketika itu akan dilanda kebuluran dan kemarau. Di saat itulah, Dajjal akan muncul membawa ujian. Dalam satu riwayat, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, sahabat r.a. bertanya kepada Rasulullah S.A.W. : "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah S.A.W. menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan."

Dalam satu hadis riwayat Nuaim bin Hammad: "... Lalu Allah S.W.T. mengerahkan kepada Dajjal syaitan-syaitan yang ada di timur dan ada di barat dan mereka pun datang berbondong ke hadapan Dajjal dan menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti apa jua perintahnya. Mereka berkata kepada Dajjal : "Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu." Dajjal menyahut, "Ya! aku akan berbuat demikian. Maka pergikanlah kamu pada kesekelian manusia dan usahakanlah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkah kepada mereka bahawa aku telah membawa untuk mereka syurgaku dan nerakaku."

Kemudian syaitan-syaitan itupun bertebaranlah di muka bumi dan masuk ke rumah-rumah orang dengan bilangan yang sangat banyak, lebih dari seratus syaitan untuk sebuah rumah. Syaitan-syaitan itupun menjelma dalam bentuk ayah tuan rumah itu, dalam bentuk anaknya, saudara-saudaranya, hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya. Mereka berkata kepada tuan rumah itu : "Wahai fulan, apakah kamu mengenali kami?" Tuan rumah itu menjawab : "Ya, saya kenal kamu semua. Ini ayahku, ini ibuku, ini saudara perempuanku, ini saudara lelakiku."

Tuan rumah itu berkata lagi : "Apa khabar kamu semua?" Mereka (syaitan-syaitan) menjawab : "Bahkan apa khabar engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau."

Tuan rumah itu pun berkata : "Sesungguhnya telah diberitakan kepada kami bahawa musuh Allah yang bernama Dajjal itu telah muncul (membuat kerosakan)." Mereka (syaitan-syaitan) menjawab : "Janganlah engkau terburu-buru berkata demikian. Janganlah engkau berkata demikian. Dajjal itu sebenarnya tuhanmu yang dapat membuat sesuatu keputusan terhadap nasibmu. Bersama dengannnya ada syurga dan neraka, ada sungai-sungai dan ada banyak makanan. Sesungguhnya tiada makanan kecuali yang datang dari sisinya, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah." 

Ketika itu tuan rumah tadi berkata : "Kamu semuanya pembohong. Kamu adalah syaitan-syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya Rasulullah S.A.W. telah memberitahu kami akan keadaan yang sebenar dan baginda S.A.W. telah menyuruh kami berhati-hati dan baginda S.A.W. telah menyuruh kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-syaitan. Dajjal itu musuh Allah S.W.T. Dan sebentar lagi Allah S.W.T. akan menurunkan Nabi Isa bin Maryam untuk membunuhnya."

Kalau tuan rumah itu berkata demikian akan surut dan diam lalu mereka (syaitan-syaitan) segera pulang dengan hampa tangan dan kehinaan.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy RA, beliau berkata : Rasululah S.A.W. telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda S.A.W. banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda S.A.W. telah bersabda : "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah S.W.T. ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah S.W.T. akan menjaga orang-orang mukmin."

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."


"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah S.W.T. tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAF FA RA (KAFIR), yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."


"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah S.W.T. dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."
 
Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab : "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya : "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai : "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman menjawab : "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga." 
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: 

"Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."
 

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi."

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. "
 

Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda : 

"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada 40 hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa." 


Ada yang bertanya : "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?"

Rasulullah S.A.W. menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."  

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata : "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izin-Ku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia : "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Rasulullah S.A.W. telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah S.W.T. daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Seperti yang diajarkan oleh Baginda S.A.W. dalam doa tahiyyat akhir yang sunnat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah: "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal."

Hadis riwayat Muslim Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang HAFAL 10 ayat dari pertama surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal." (Dalam riwayat lain HAFAL 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

Wallahualam.

Misteri Segi Bermuda

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke 
Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah 
terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh 
hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi 
ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah 
istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan 
misteri. 

Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda 
tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling 
tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort 
Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang 
ada di Bermuda Triangle? 

Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan 
arah ke utara. Anda dikira ‘hilang’ . Satu lagi tempat dikenali 
sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak 
di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki 
keanehan serupa. 

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 
kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris 
kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka 
berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, 
seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda 
menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia 
tiba- 
tiba ghaib! 

Apa yang sebenarnya telah berlaku? 

Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah 
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, “Apabila salah 
seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang 
bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian 
dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat 
sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).” 

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang 
paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda 
Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan 
antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini 
adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari 
Amerika Utara. 

Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara- 
perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan 
antara panas dan sejuk dan ‘istana’ syaitan yang mungkin tersembunyi di 
situ. 

Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk “Dajjal akan Muncul dari 
Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari 
Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan 
jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku 
ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata 
mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua 
jawapan untuk semua persoalan. 

Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama merenung dan 
melihat.
Blog contents © cerita si pulan... 2012. Blogger Theme by Nymphont.