Nuffnang Ads

Sabtu, 5 Mei 2012

Misteri Segi Bermuda

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke 
Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah 
terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh 
hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi 
ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah 
istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan 
misteri. 

Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda 
tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling 
tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort 
Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang 
ada di Bermuda Triangle? 

Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan 
arah ke utara. Anda dikira ‘hilang’ . Satu lagi tempat dikenali 
sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak 
di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki 
keanehan serupa. 

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 
kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris 
kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka 
berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, 
seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda 
menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia 
tiba- 
tiba ghaib! 

Apa yang sebenarnya telah berlaku? 

Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah 
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, “Apabila salah 
seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang 
bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian 
dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat 
sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).” 

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang 
paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda 
Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan 
antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini 
adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari 
Amerika Utara. 

Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara- 
perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan 
antara panas dan sejuk dan ‘istana’ syaitan yang mungkin tersembunyi di 
situ. 

Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk “Dajjal akan Muncul dari 
Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari 
Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan 
jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku 
ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata 
mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua 
jawapan untuk semua persoalan. 

Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama merenung dan 
melihat.

Tiada ulasan:

Blog contents © cerita si pulan... 2012. Blogger Theme by Nymphont.