Nuffnang Ads

Sabtu, 5 Mei 2012

Misteri Segi Bermuda

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke 
Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah 
terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh 
hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi 
ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah 
istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan 
misteri. 

Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda 
tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling 
tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort 
Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang 
ada di Bermuda Triangle? 

Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan 
arah ke utara. Anda dikira ‘hilang’ . Satu lagi tempat dikenali 
sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak 
di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki 
keanehan serupa. 

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 
kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris 
kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka 
berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, 
seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda 
menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia 
tiba- 
tiba ghaib! 

Apa yang sebenarnya telah berlaku? 

Teringat saya pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah 
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, “Apabila salah 
seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang 
bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian 
dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat 
sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).” 

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang 
paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda 
Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan 
antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini 
adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari 
Amerika Utara. 

Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara- 
perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan 
antara panas dan sejuk dan ‘istana’ syaitan yang mungkin tersembunyi di 
situ. 

Malah saya pernah membaca sebuah buku bertajuk “Dajjal akan Muncul dari 
Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari 
Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan 
jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku 
ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata 
mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua 
jawapan untuk semua persoalan. 

Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama merenung dan 
melihat.

WWW.BOYNORDIN.BLOGSPOT.COM: Kisah Titanic Telah Diramalkan 14 Tahun Sebelumnya...

WWW.BOYNORDIN.BLOGSPOT.COM: Kisah Titanic Telah Diramalkan 14 Tahun Sebelumnya...: Mungkin ini adalah kes ramalan yang paling aneh didunia. Pada tahun 1898 sebuah novel ditulis oleh Morgan Robertson tentang kapal yang berna...

Saat Terakhir Arwah Bob Kuman


"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.

"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kruPenyingkap Fakta 666 itu.

Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.

Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak menunjukkan sebarangrespon positif. 


Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.


Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.


"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," jelas kakitangan hospital itu.

"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.

Farid ternyata bersedih.

"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam," bisiknya kepada saya.


Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak, dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.

Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April. 


Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.


Sewaktu dua kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.


Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.

Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.

Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah  keluarga arwah di 1763  Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, jam 10 pagi esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam," lapor Azayusrin.

Kru 666, Razali Harun, Azayusrin, Adam dan Farid kini berada di rumah arwah.

Al-Fatihah!

Khamis, 3 Mei 2012

GAMBAR: Operasi Memburu Peserta Demonstrasi BERSIH 3.0 Bermula!

Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.
Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.
Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.
Hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau email azmiazizi@rmp.gov.my
SEBARKAN!

Bob Kuman Meninggal Dunia.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.
Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.
Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.
Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada beliau.
Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.
“Berapa minit buat CPR?,” soal Mazidul.
“Lebih kurang 20 minit bang,” balasnya.
Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan Bob meninggal dunia 8 minit kemudian.
“Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar,” ujar kakitangan hospital terbabit.
Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.
Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.
Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

 Bob Kuman Meninggal Dunia
Berikut adalah tulisan Mazidul yang tiba ke kediaman Allahyarham sejurus selepas beliau tidak sedarkan diri;
“Bang! Tolong pergi tengok abang Bob, isteri dia telefon menangis dan katanya abang Bob sudah tidak bernafas. Saya on the way,” ujar Farid cemas sewaktu menghubungi saya di rumah petang tadi.
Pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 41 tahun, dilaporkan sakit buat pertama kali di blog ini.
Berikutan laporan itu, banyak pihak menghulurkan bantuan kepada anak kelahiran Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan terbabit.
“Bang, terima kasih kerana menolong saya,” ujar arwah berkali-kali.
“Bob, saya hanya membantu sedaya mungkin”
Hanya kenyataan itu mampu saya ungkapkan.
Arwah ternyata amat terharu berikutan sumbangan dihulurkan orang ramai bersimpati terhadap keadaannya. Untuk rekod, dia antaranya disahkan mengidap sakit jantung, darah tinggi dan penyakit terlalu mudah tertidur.
Mewakili keluarga arwah, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua memberikan sokongan moral dan kewangan.
Melalui pengamatan saya, Bob tetap bersabar setiap kali akaun Maybank miliknya disekat sekaligus menggagalkan usaha orang ramai mendepositkan sumbangan mereka ke akaunnya.
Baca laporan di sini.
“Bang, macam mana saya hendak ke bank membuat justifikasi sedangkan hendak bangun dari katil pun saya tidak berdaya,” katanya.
Saya melihat penderitaan dilalui oleh arwah.
Kali pertama bertemu Bob pada 15 April lalu, sambil berbual dia kelihatan sukar bernafas namun sedaya upaya mencuba menerangkan situasi sebenar. Lihat aksi arwah 17 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
“Biar aku pegang mikrofon ini, lama tidak keluar TV,” usiknya.
Dalam derita, Bob masih mampu bergurau senda ketika dikunjungi oleh wakil media cetak dan elektronik di rumahnya.
“… lu sendiri fikirlah,” ujarnya dalam nada bergurau.
Kenyataan itu ditujukan kepada David Teo berikutan ketidakpuasan terbuku di hatinya.
“… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu MINTA SEDEKAH, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah”
Kenyatan di atas diungkapkan oleh David (Sumber: Tonton.com.my) sewaktu dihubungi oleh wartawan Melodi melalui telefon dan kenyataan terbabit disiarkan di rancangan hiburan terbitan TV3 itu, dua minggu lalu.
Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat bersama David dan semua pembaca blog ini. Barangkali dakwaan jutawan terbabit bahawa beliau pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada arwah benar biarpun saya tidak melihat buktinya lagi tetapi ketahuilah masih ramai lagi rakyat Malaysia berhati mulia biarpun bukan berstatus jutawan. Mereka tanpa sebarang persoalan dan pertikaian membantu Bob melalui pelbagai kaedah tanpa nama disebut.
Sebilangan hadir ke rumah arwah contohnya memberikan ubat tradisional manakala sebilangan lagi menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai.
Ingin saya tegaskan di sini, arwah BUKAN PEMINTA SEDEKAH, dia penerima derma disumbangkan oleh anggota masyarakat pelbagai bangsa berhati mulia.
Teringat saya kepada kenyataan rakan, Razali Harun sebelum ini.
“Dia sebenarnya bukan mementingkan duit sangat bro tetapi jika boleh ingin diziarahi oleh rakan dan kenalan dalam keadaan begini”
Ahli politik mewakili PAS dan Barisan Nasional, ahli SENIMAN, persatuan kebajikan dan ramai lagi sempat singgah menziarahi arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Benar kata David, barangkali kerana kesibukan tugas, dia sentiasa berada di luar negara, masakan mempunyai masa terluang menziarahi pelakon dan pelawak terlantas sakit.
Itu bukan tanggungjawab dia dan pegawainya.
“Bang, saya bukan hendak meraih simpati. Bukan desperado. Kalau abang hendak menolong saya, elok kalau iklankan barangan cendera hati saya jual seperti topi dan baju di blog, ” pintanya kepada saya sejak hari pertama saya menulis entri berhubung penderitaannya.
Untuk pengetahuan semua, Bob tidak pernah meminta saya memulis entri berhubung seksa ditempuhnya di blog ini.
Saya menulis entri disebarkan ke seluruh negara itu dan sekaligus memancing perhatian media itu dengan kehendak hati sendiri.
“Bob, sihat dahulu dan kemudian kita bincangkan fasal iklan. Sebenarnya mereka menderma itu peminat awak dan menghargai awak sebagai anak seni. Barangkali, awak pernah membuatkan mereka tertawa sebelum ini. Justeru tidak salah jika mereka membantu sewaktu awak dilanda musibah,” balas saya.
Kita harus ingat, kuasa dan kekayaan, milik Allah. Jika Allah ingin menarik kembali segala rezeki dianugerahkan kepada makhluk bergelar manusia, sesaat bakal hilang segalanya tanpa mengira status, bangsa dan agama.
Sewaktu tiba di rumah arwah pada jam 4.33 petang tadi, saya melihat Bob terbaring di atas katil. Jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya, Kamer Farhan Kamaludin, 23 tahun, sedang melakukan CPR dengan harapan Bob kembali bernafas.
“Berapa lama sudah melakukan CPR?,” soal saya kepada Farid.
“Lebih kurang dua puluh minit bang,” balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.
Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.
Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak menunjukkan sebarang respon positif.
Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.
Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.
“Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar,” kata kakitangan hospital itu.
“Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob,” celah Farid.
Farid ternyata sedih.
“Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu,” bisiknya kepada saya.
Isteri arwah, Norma Ibrahim, berasal dari Mukah, Sarawak dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.
Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.
Sewaktu 2 kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.
Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.
Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.
Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah  keluarga arwah di 1763  Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.

“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, selepas solat Jumaat esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam,” lapor Azayusrin.
Kru 666, Razali Harun, Azayusrin, Adam dan Farid kini berada di rumah arwah. (petikan dari blog www.mazidulakmal.com)
Blog contents © cerita si pulan... 2012. Blogger Theme by Nymphont.