Nuffnang Ads

Selasa, 5 Julai 2011

Al-Quran dibakar..sedih aku....

“Disini saya jatuhkan hukuman bersalah kepada Al-Quran dan sebagai hukuman ianya akan dibakar sehingga menjadi abu.” -Terry Jones-

Kurang ajar,biadap..ko tunggu dihari akhirat kelak..itulah yang boleh aku ungkapkan kepadapaderi Wayne Sapp dan paderi Terry Jones.Dua individu yang bertanggungjawab membakar Al-Quran di sebuah gereja dekat Florida,Amerika Syarikat pada hari Ahad 20hb Mac 2011 yang lalu.
Terry Jones
Pembakaran telah dilakukan oleh Wayne Sapp dibawah pengawasan Terry Jones,individu yang pada tahun lalu ingin menganjurkan “Hari pembakaran Al-Quran” .Walaubagaimanapun hari yang dijadualkan pada 9hb November 2010 (sempena memperingati serangan keatas bangunan WTC) terpaksa dibatalkan kerana bukan sahaja mendapat kecaman dari seluruh umat Islam,malah turut mendapat kecaman dari Barack Obama,Hillary Clinton  dan Menteri pertahanan US Robert Gates.
Ironinya semasa majalah Times menemu ramah Terry Jones tentang pembatalan hari pembakaran Al-Quran itu,Terry Jones menyatakan sebab utama dia membatalkannya adalah kerana ianya “tidak patut” dilakukan dan bersumpah tidak akan melakukannya lagi.

ACARA PEMBAKARAN AL-QURAN PADA 20/5/2011

Acara yang berlangsung dilakonkan seperti didalam “mahkamah”.Dimana Al-Quran sebagai “tertuduh”,Wayne Sapp sebagai” peguam cara” dan Terry Jones pula memegang watak sebagai” tuan hakim”.Apa yang melucukan,tiada pula” peguam bela” disitu?Acara yang kononnya ingin menegakkan kebenaran kelihatan terang-terangan berat sebelah(tiada peguam bela untuk membela Al-Quran).
Wayne Sapp membakar Al-Quran
Selepas Al-Quran disabitkan “bersalah” atas tuduhan menyebarkan fahaman pengganas dan dijatuhkan hukuman “bakar sampai menjadi abu”,Al-Quran yang sebelum itu telah pun direndam didalam minyak tanah selama 1 jam,diletakkan diatas dulang besi sebelum “peguam”Wayne Sapp membakarnya.
Al-Quran terbakar
Kitab suci umat Islam ini terbakar sekitar 10 minit sementara beberapa “orang awam”(seramai 30 orang) yang hadir ke “perbicaraan” ini mengambil kesempatan mengambil gambar bersama Al-Quran yang terbakar itu.
Selepas kejayaan  “proses penghakiman” ke atas Al-Quran ini,Terry Jones menyatakan bahawa selepas ini akan ada satu lagi sesi perbicaraan yang akan dibuat.Kali ini yang akan dibawa ke muka pengadilan adalah “Nabi Muhammad s.a.w”,di atas tuduhan menyebarkan agama pengganas dan menulis Al-Quran.

AKIBATNYA

Jalalabad,Afganistan – satu demonstrasi besar-besaran dan rusuhan telah tercetus selama 3 hari,diatas tindakan membakar Al-Quran itu.Seorang pegawai polis ditembak mati di hari kedua pertengkaran di kota Kandahar,dua pegawai polis dan 18 orang awam tercedera.
Paderi Terry Jones telah dicemuh oleh penduduknya sendiri diatas sikapnya yang anti-Islam.malah ramai warga AS menganggap Terry Jones sebenarnya “gila” .Menerima hampir 300 amcaman bunuh oleh warga AS sendiri melalui telefon dan e-mail.FBI pula mengesahkan bahawa ada individu yang menawarkan $2.4 juta kepada sesiapa yang dapat membunuhnya.

KESIMPULAN

Sebenarnya ramai pemerhati berpendapat apa yang dilakukan oleh Terry Jones adalah untuk kepentingan dirinya sendiri.Tindakan membakar Al-Quran itu sebenarnya ingin meningkatkan jualan buku tulisannya yang kurang mendapat sambutan bertajuk “Islam is of the Devil”.Beliau juga mendapat sumber kewangan dari duit yang diberi ketika menyampaikan ceramahnya.Kajian juga mendapati Terry Jones berada diambang muflis.Maka tidak hairanlah apa yang dilakukanya ini,semata-mata untuk meraih publisiti murahan.
Buku tulisan Terry Jones
Antara gambar yang terdapat di facebook Islam is of the devil
Terry Jones ada membuka akaun facebook bernama Islam is of the devil,untuk mempromosikan bukunya itu..tapi malangnya( ketika artikel ini ditulis) akaun facebook yang mengandungi gambar-gambar yang menghina Islam itu hanya  di “like” sebanyak 1,628 sahaja!

ALLAH MAHA BESAR!

Sebenarnya selepas “kejayaan upacara membakar Al-Quran” itu.Satu lagi acara yang sama telah dijadualkan akan dijalankan di sebuah gereja di California.Tetapi sehari sebelum acara itu berlangsung satu kebakaran besar berpunca dari litar pintas telah berlaku berdekatan kawasan gereja itu menyebabkan seorang mati dan 30 yang lain terbakar dibeberapa anggota badan.
Gambar kebakaran di California
Apa yang menariknya tentang kejadian ini ialah angkanya(mangsa), kebakaran ini menyerupai acara yang berlangsung di Florida,iaitu seorang membakar Al-Quran dan 30 yang lain sibuk mengambil gambar.
Pada aku “Allah itu maha merancang dan maha mengetahui”..walaupun sehebat mana rancangan kita..lagi hebat ketentuan Allah!

Tiada ulasan:

Blog contents © cerita si pulan... 2012. Blogger Theme by Nymphont.