Firman Allah Taala:
Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
(Al-Nisa’, 119)

Artikel kali ini adalah artikel yang akan “menjolok”mata korang…Jangan salah faham,niat aku bukan nak tambahkan dosa korang,tapi sekadar memberi informasi dan mungkin juga dengan pendedahan artikel ini akan membantutkan niat korang,terutamanya kaum lelaki yang ada niat untuk tukar jantina…
Apa yang pasti ramai beranggapan kaum lelaki yang ingin menjadi perempuan ataupun yang seakan-akan perempuan ini (lembut)..perlu di dengar rintihan mereka..alasan yang paling popular untuk “menghalalkan”tindakan mereka ialah..mereka juga mempunyai perasaan,masyarakat tidak memahami,dan bermacam-macam lagi..dan yang paling teruk sekali ada pula drama yang dibuat untuk membela golongan ini..
Apa yang pasti golongan ini sudah tidak takut dengan tanggapan masyarakat..malah menjadikan alasan “setiap manusia punya hak masing-masing”sebagai perisai mereka..
Disini aku sediakan 2 orang lelaki yang telah menukar ciptaan Allah..dan terus terang aku katakan yang mereka ini melakukannya dengan begitu “cemerlang”.
Nama: Bell Nuntita, aka Nuntrita “Bell” KhampriranonUmur: 28
Jantina Asal: Lelaki
Tukar Jantina: Pada umur 21 tahun
Asal:Thailand
Pekerjaan : Model/Penyanyi.
Status: Sudah mempunyai Teman Lelaki
p/s: nak tengok Bell menyanyi? Sila ke Thailand Got Talent: si 2 alam!
Nama: Nong PoyUmur: 24
Jantina Asal: Lelaki
Tukar Jantina: Pada umur 17 tahun
Asal:Thailand
Pekerjaan : Model.
Status: Sudah bertunang dengan Teman Lelakinya.
Video ini pula adalah dari Malaysia..yang mana baru-baru ini gempar kerana salah seorang dari juri pertandingan ini adalah seorang artis..emm..cerita ini masuk tv pun sebab juri dia seorangartis yang memakai tudung..kalau tidak,sampai sekarang kita tidak tahu pertandingan ini wujud di Malaysia..
- Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:
1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)
2. Takmil (Menyempurnakan jantina)
2. Takmil (Menyempurnakan jantina)
Ciri-ciri Taghyir atau tabdil ialah:
Seorang lelaki yang sempurna kejadian jantina luarannya (zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.

Ciri-ciri Takmil ialah:
1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.

2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.
Firman Allah Taala:
Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(surah al-Hujarat, 13)

Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Allah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya – Yang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah.”
Apakah status mereka yang mengubah jantina?
Kita perlu melihat kepada tujuan mereka. Seandainya atas tujuan:
i. Taghyir (mengubah), maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.(HUKUMNYA HARAM).
ii. Takmil, maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.(HUKUMNYA HARUS).
Jadi dapatlah disimpulkan disini bahawa menukar jantina baik lelaki ataupun perempuan selain dari ciri-ciri Takmil adalah haram!..Gunalah alasan apa pun..hak individu,mengikut kata hati,sudah bosan,masyarakat tidak memahami..selagi tidak ada kena-mengena dengan ciri-ciri Takmil..haram!noktah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan