Makin ramai bintang bola sepak antarabangsa yang memeluk Islam..ada yang memeluk Islam sejak dari kecil,mengahwini wanita Islam dan ada juga yang memeluk Islam dengan kerelaan hati sendiri.Seronok tengok pemain ini baca doa sebelum perlawanan bermula.Inilah kuasa Allah s.w.t, sedar tak sedar lagi hebat barat & yahudi menghentam Islam lagi ramai pula yang terbuka hati memeluk Islam.
Disini ada beberapa permain bola sepak yang beragama Islam..
Memeluk Islam kerana berkahwin dengan isterinya yang berketurunan Algeria-Perancis.Nama Islamnya ialah Bilal Yusof Muhammed.Dalam satu temubual Ribery mendedahkan yang hanya bersembahyang 5 waktu sehari sahaja yang dapat mententeramkan jiwanya.Juga telah menunaikan umrah.
SAMIR NASRI
Pemain Perancis & Arsenal ini datang dari keluarga yang memang sudah beragama Islam.
KARIM BENZEMA
Berketurunan Algeria-Kabyle dan bermain untuk Real Madrid.
Walaupun tidak terang-terangan mengaku sebagai Muslim.Ramai percaya T.Henry telah mengikut jejak langkah Ribery untuk memeluk Islam.
Permata baru German dan bintang Real Madrid ini berasal dari Turki.Pernah menjadi rebutan antara negara asalnya(Turki) dan German.Sudah menjadi kebiasaan,Ozil akan membaca doa sebelum perlawanan.
Penjaga gawang Korea Selatan ini begitu popular semasa World Cup.Memeluk Islam pada tahun 2004.Beliau bekas penganut Kristian.Satu-satunya permain Islam dalam pasukan Korea Selatan.
FREDERIC KANOUTE
Memeluk Islam pada umurnya 20 tahun.Ketika bermain untuk Sevilla beliau tidak mahu memakai jersi yang ada nama syarikat judi 888.com.Jadi hanya jersey beliau sahaja yang tidak mempunyai tulisan 888.com,ada kalanya dia menutup tulisan itu dengan pita pelekat bewarna hitam.Pernah menderma sebanyak 700k kepada sebuah masjid kerana masjid itu gagal membayar sewa.
Penyerang utama Belanda & Arsenal telah memeluk Islam ketika berkahwain dengan isterinya Bouchra yang berasal dari Morocco.
Pemain pertahanan Manchester City menyatakan keinginannya menjadi ‘role model’ kepada semua pemuda Islam di England.Mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya,begitu juga dengan adiknya Yaya Toure.
Sebenarnya ramai lagi permain di Eropah yang beragama Islam,dan satu fakta menarik ialahperlawanan antara Real Madrid vs Barcelona melibatkan 7 pemain beragama Islam.Arsenal pula paling ramai permain beragama Islam(termasuk permain muda).









Tiada ulasan:
Catat Ulasan